Oleh Syamsiah Sahat dan Nazira Hasanah Nasaruddin MANJUNG (Perak) (Bernama) -- Ketika masih ramai lagi sedang lena diulit mimpi, Mohd Salleh Yunus pula menjadikan rutin untuk bangun seawal pukul tiga pagi untuk bergerak ke ‘kebun’ kerang di perairan Lembah Lekir bagi menyauk ‘emas hitam’ yang menjadi sumber rezeki utamanya sejak tiga tahun lepas. Dengan hanya berbekalkan sampan serta tangguk bergalah atau kor bagi menyauk kerang, lelaki berusia 57 tahun ini mahu segera sampai ke kebun seluas kira-kira 21 hektar, yang mengambil masa kira-kira tiga kilometer atau lima minit dari Jeti Kuala Kayan bagi menyelesaikan tugas hariannya itu sebelum matahari naik dan air laut mula surut. Sebaik sampai, bapa kepada enam orang anak ini terus membenamkan kor dari atas sampan untuk menyauk kerang di ‘kebun’ yang diusahakan bersama tujuh rakannya, berbekalkan kemahirannya menggunakan teknik pusingan. -
BERNAMA
0 Comments