Rencana : Memahami Autisme Menerusi Realiti Maya


Oleh C. Vinoothene & Muhammad Zaini Mohd Zin KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sekalipun pakar perubatan semakin cekap dalam mendiagnosis autisme, ramai antara kita yang masih belum memahami akan keadaan perubatan itu. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah keadaan yang dilalui oleh individu autistik dalam menjalani kehidupan sehariannya. Bersempena dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2023 yang diadakan pada 2 April lalu, beberapa pertubuhan - TikTok Malaysia, Persatuan Kebangsaan Austisme Malaysia (NASOM), syarikat hiburan berasaskan realiti maya (VR) PICO dan platform berita sosial dalam talian SAYS - bergabung melancarkan #KasihiAutism, sebuah kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments