Rencana : Pesara ATM Buka Syarikat Percetakan Sendiri Untuk Hapus Stigma


Oleh Muhammad Basir bin Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bukan mudah untuk menghapuskan stigma orang ramai terhadap pesara tentera yang biasanya dianggap tidak lagi memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat sebaik persaraan di samping gemar menyendiri. Malahan ada juga yang bersikap prejudis atau prasangka bahawa ramai daripada kalangan pesara ini yang enggan bergaul dengan anggota masyarakat disebabkan gaya hidup seharian mereka sebelum ini yang sentiasa terikat dengan bentuk arahan dan misi ketenteraan.  Namun stigma ini menjadi pembakar semangat buat bekas Pegawai Waran 1 (PW1) Wan Mohd Zamri Wan Abu Bakar, 55, untuk terus berusaha memerah keringat, mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan grafik dan percetakan bagi manfaat masyarakat setempat. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments