Rencana : ATASI HARTANAH TIDAK TERJUAL, ELAK BEBAN EKONOMI NEGARA


Isu hartanah tidak terjual, khususnya kediaman yang siap dibina,  boleh menjadi beban ekonomi kepada negara jika tidak diatasi dengan kaedah sewajarnya.  Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, hartanah tidak terjual merujuk kepada unit kediaman, komersial dan industri yang telah siap dibina dengan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan tetapi masih tidak dapat dijual melebihi tempoh sembilan bulan dari tarikh dilancarkan atau selepas 1 Jan 1997. Bernama pada 14 April lepas, melaporkan jumlah kediaman siap dibina tidak terjual berkurangan kepada  27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments