KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Tempoh sah perjanjian pembekalan gas sedia ada antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) untuk pembekalan etana dan propana sebagai bahan pengisian untuk operasi loji di Petronas Chemicals Olefins Sdn Bhd (PCOSB) telah dilanjutkan mulai Julai 1, 2023 pada terma dan syarat yang sama, sekurang-kurangnya enam bulan. -
BERNAMA
0 Comments