Jam tangan edisi terhad Artwist memaparkan karya seni unik artis dari serata dunia dan tenaga penggerak utama kepada penghasilan produk unggul ini tidak lain dan tidak bukan ialah Bostami Ahmad yang juga pengasas Artwist.Co. “Fokus kami di Artwist.Co adalah untuk menghasilkan jam yang ada kisah tersendiri, menggabungkan seni dan keanggunan,” Bostami memberitahu Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini. Artwist.Co adalah sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia dengan sokongan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di bawah Program Global Market Fit Programme (GMP). -BERNAMA
0 Comments