Rencana : Mampukah PPR Keluar Daripada Belenggu 'Kawasan Hitam'?


Hampir setiap hari tanpa jemu, Hussin Yahya, 67, akan berdiri di tepi tingkap rumahnya di tingkat dua perumahan pangsa kos rendah sambil melemparkan pandangan ke taman permainan di kawasan perumahan itu di Pandan Utama, Ampang, Selangor. Mendiami rumah flat 12 tingkat berkenaan sejak 2003, pesara kerajaan ini dapat melihat dengan jelas pelbagai aktiviti riadah penduduk di situ sama ada kanak-kanak, golongan pertengahan umur ataupun warga emas dari tingkap rumahnya itu. Ada yang sedang asyik bermain badminton manakala di satu sudut lain pula ada juga yang sekadar duduk dan bersembang sementara menunggu anak mereka bermain buaian malah ada juga yang melakukan senaman ringan selain beberapa anak remaja seronok bermain  futsal sesama mereka. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments