Rencana : Memburu PhD Dari Tirai Besi


Siapa sangka di sebalik tirai besi yang menjadi “kediaman” mereka yang didapati bersalah di mahkamah atas pelbagai pelanggaran undang-undang, ada yang bakal menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) tidak lama lagi. Berpegang pada peribahasa “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, Zubir (bukan nama sebenar), 37, membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh banduan sepertinya, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar. Zubir didapati bersalah membunuh majikannya di sebuah rumah di Selangor ketika berusia 14 tahun dan dikategorikan sebagai tahanan limpah, iaitu mereka yang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati, namun terlepas kerana kesalahan dilakukan semasa berusia bawah 18 tahun. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments