Bukan sahaja dapat melihat kehidupan Orang Asli tetapi berpeluang juga menikmati keindahan alam semula jadi Hutan Simpan Kenaboi (Negeri Sembilan) yang menyimpan pelbagai khazanah warisan turun temurun. Setiap detik perjalanan termasuk menjejak Taman Negeri Kenaboi, meskipun ada ketika begitu meletihkan, namun cukup indah dan mempesonakan. Pengalaman dua hari satu malam berada di sana yang juga destinasi terakhir Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Digital itu, turut disertai 21 pengamal media lain. -
BERNAMA
0 Comments