Rencana : 'Bandar Sihat' Tingkatkan Kesejahteraan Hidup Penduduk


Seperti kebiasaan petang hujung minggu, suasana meriah memenuhi setiap ruang Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang, apatah lagi cuaca yang cerah, membuatkan puluhan penduduk sekitar datang berkunjung.  Ada yang bersama keluarga, rakan, dan bersendirian, menjadikan taman yang dipenuhi kehijauan itu sebagai lokasi pilihan bagi merehatkan minda serta melakukan pelbagai kegiatan sihat, setelah sekian hari lelah bekerja.  Di satu sudut laman, kelihatan ayah dan ibu ketawa gembira bermain badminton bersama anak-anak, sementara di bahagian lain, kelihatan beberapa remaja lelaki bermain bola, ada yang berjoging dan mengayuh basikal, mengelilingi sekitar taman itu.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments