Usaha menoktahkan kemiskinan tegar khususnya dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak mereka, di samping membantu meningkatkan taraf ekonomi serta kehidupan golongan itu. Komitmen ini jelas dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lepas (5 Ogos) iaitu hasrat memperkenalkan konsep sekolah jenis baharu yang menyasarkan anak-anak keluarga paling miskin agar mereka tidak tercicir dalam bidang pendidikan. Pada dasarnya langkah ini dilihat sangat baik, namun mencetuskan reaksi berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pakar akademik. Antara komen yang dilontar ialah kewajarannya serta mekanisme yang akan dilaksanakan dalam memastikan matlamat yang ingin dicapai. -
BERNAMA
0 Comments