Rencana : Norida Hasil Kek Jalur Gemilang, Terjemah Rasa Cinta Pada Negara


Bagi usahawan kek, Norida Ismail, 66, setiap kali menjelang bulan Ogos, beliau begitu teruja untuk menghasilkan pelbagai jenis kek yang bertemakan merdeka dan bendera negara, Jalur Gemilang. Tanda cinta anak kelahiran Kangar, Perlis ini kepada tanah air diterjemahkan menerusi hasil kreativiti seni ukiran kek merdeka yang pertama kali diperkenalkan kepada pelanggannya pada bulan Ogos 2015. Menurut pemilik Mama Nory Bakery ini, semangat merdeka seolah-olah meresap ke dalam jiwanya setiap kali menghasilkan kek bertema Jalur Gemilang, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments