Rencana : Pertemuan 8 Ogos Diharap Menoktahkah Isu Kadar Upah Rendah P-Hailing


Bekerja lebih 12 jam sehari namun upah sekadar RM2,000 sebulan adalah realiti yang kini dihadapi oleh sebahagian pekerja p-hailing, iaitu perkhidmatan penghantaran makanan di negara ini, khususnya di ibu kota. Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan. Rungutan dan keluhan mereka pula dipandang sepi oleh syarikat pengendali perkhidmatan. Peka dengan nasib pekerja sektor itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan mereka pada 22 Julai lepas. Hasilnya, beliau dijadualkan bermesyuarat dengan  penyedia perkhidmatan p-hailing pada 8 Ogos ini, memberikan harapan kepada pekerja industri yang nasib mereka bakal berubah.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments