Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kepompong setinggan, namun kawasan petempatan ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai masalah berbangkit sehingga sering dilabelkan kawasan hitam atau lubuk segala masalah sosial dan jenayah. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyedari polemik berkenaan komited memberi fokus dalam meningkatkan daya huni PPR dan ini yang dikupas dalam bahagian akhir mengenainya. Hampir lima dekad kerajaan mewujudkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu masyarakat miskin setinggan memiliki rumah mampu milik, namun sehingga kini polemik kesejahteraan komuniti perumahan ini masih belum ada titik noktahnya. -
BERNAMA
0 Comments