Rencana : Semeja Berlainan Bangsa dan Agama, Nikmati Mi Kolok Halal


Hampir menjadi rutin buat Julia Unsing untuk singgah bersarapan mi kolok di restoran kegemarannya Sainah Cafe di Stutong di sini, apabila tamat kerja syif malam pada 8 pagi. Bekerja di sebuah kilang yang terletak kira-kira lima kilometer dari restoran itu, Julia, 36, mengunjungi Sainah Cafe sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sejak 2018, sama ada bersendirian atau bersama-sama rakan sekerja. “Saya sudah menjadi pelanggan setia sejak pemilik kafe ini masih lagi menyewa ruang di sebuah premis makanan bertentangan Pasar Komuniti Stutong,” kata wanita berketurunan Iban dan beragama Kristian itu kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments