Rencana : Usahawan Cilik TikTok Fasih Bahasa Mandarin Curi Hati Pelanggan


Nik Izz Nur Arissa Nik Mohd Izafudin Shah, 12,  atau mesra dipanggil Iris, mula berjinak-jinak menjual softoys bundle menggunakan laman TikToknya sejak Februari lepas dan istimewanya, gadis cilik ini fasih berbahasa Mandarin. Dalam masa hampir tujuh bulan sahaja, Iris berjaya mengumpul lebih 13,000 pengikut daripada pelbagai latar belakang dan umur dengan lebih 100,000 orang menyukai (like) videonya. Setiap kali Iris bersiaran langsung menjual softoys bundle di laman TikToknya, akan turut berkumandang lagu dalam bahasa Mandarin, dendangan penyanyi dalam dan luar negara. Antara lagu itu yang Iris terjemahkan tajuknya, ialah ‘Till We Meet Again’, ‘Red Scarf’, ‘Your Name Engraved Herein’ dan ‘It Might Break Your Pinky Heart’. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments