Rencana : Dahulu 'Busuk Dan Kotor', Kini Sijangkang Jadi Lokasi Ekopelancongan


Bidikan lensa kamera seorang jurugambar profesional merakam keindahan panorama di tengah-tengah hutan bakau yang berusia ratusan tahun, memecah keheningan suasana petang Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang. Berlatar belakangkan kedamaian Sungai Langat yang mengalir tenang di hujung taman, disusuli bunyi riuh kicauan pelbagai spesies burung berterbangan dan sesekali hinggap di dahan pokok bakau, pastinya menambah keasyikan kepada peminat burung serta pencinta alam. Di satu sudut, kelihatan sekumpulan pengunjung pelbagai peringkat umur melakukan aktiviti jungle trekking, merentasi titian yang diperbuat daripada susunan kayu Resak, sesekali berhenti melihat tumbuh-tumbuhan yang hidup subur melata di kawasan paya ini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments