Rencana : Ekopelancongan: Usaha Tok Batin Kampung Beswok Buahkan Hasil


Sejak enam bulan lalu, rutin harian Tok Batin Mohd Daud Anjang, 57,  ketua penduduk Orang Asli suku kaum Temiar Kampung Beswok, Pos Yum, semakin bertambah. Jika sebelum ini beliau keluar masuk hutan, mencari hasil yang boleh menampung keperluan keluarganya, kini ada satu lagi tugas yang perlu digalas iaitu menguruskan bisnes ekopelancongan yang baharu diperkenalkan di kampung berkenaan. Permintaan untuk menyewa chalet yang diusahakan bersama penduduk kampung yang terletak sekitar 65 kilometer dari pekan Sungai Siput ini kian hari kian meningkat -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments