"Mayday! Mayday! Mayday! We are going down". Isyarat kecemasan yang membawa maksud “Tolong Saya” ini mungkin kata-kata terakhir juruterbang pesawat RAF B24 Liberator KL654 yang berlepas dari Kepulauan Cocos, Australia untuk misi pembekalan semula sebelum terhempas di sebuah hutan terpencil di Negeri Sembilan, ketika Perang Dunia Kedua pada 23 Ogos 1945. Dilaporkan nahas itu turut mengorbankan semua lapan kru di dalam pesawat berkenaan. Pencarian bertahun-tahun pesawat pengebom milik tentera British itu akhirnya membuahkan hasil apabila bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996. -
BERNAMA
0 Comments