Sejak lima tahun lalu, saban menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan Perayaan Kuih Bulan, 'Kwai Chai Hong' dalam bahasa Kantonis yang bermaksud 'Lorong Hantu Kecil' pasti meriah, dihiasi dengan pelbagai tarikan. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke lorong ini, terutama generasi muda, pasti akan terpukau dengan suasana retro seperti kembali ke zaman 1960-an, dengan barisan mural di dinding batu konkrit diserikan dengan jambatan kayu, menggambarkan kehidupan zaman itu. Suasana itulah yang menyambut kedatangan penulis dan rakan media yang lain serta beberapa orang pempengaruh yang berpeluang menjejakkan kaki ke lorong yang terletak di antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur, pada 23 Ogos lepas, -
BERNAMA
0 Comments