Rencana : Langkawi Pertahan Status Geopark Global Buat Kali Keempat September Lalu


Geopark atau taman geo adalah tapak warisan yang menampilkan aspek sejarah dan geografi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan pembangunan, pendidikan dan pemuliharaan lestari. Di Malaysia, terdapat beberapa tapak yang diisytiharkan kerajaan sebagai geopark, namun hanya dua bertaraf global, iaitu diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) setakat ini - Langkawi yang menerima status itu pada 2007, dan terbaharu pada Mei 2023, Kinabalu Geopark. Menurut Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark Prof Emeritus Dr Ibrahim Komoo, bukan mudah untuk memperoleh status itu dan cabaran seterusnya ialah mempertahankan penarafan tersebut. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments