Rencana : Masa Depan Pencari Tiram Muar Kian Suram


Seawal pukul enam pagi, Muhammad Nashrul Nizam Abdul Rani, 22, sudah berada di jeti Kampung Pangkalan Tiram untuk meninjau keadaan air Sungai  Muar sebelum memulakan rutin hariannya sebagai penyelam tiram. Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar trek panjang, dia dan beberapa orang penyelam yang lain mula bergerak ke beting panjang iaitu salah satu lubuk tiram, yang hanya mengambil masa kurang lima minit dari jeti. “Inilah rutin kami setiap hari sebagai penyelam tiram kerana masanya tidak tetap, bergantung keadaan air tenang (antara pasang dan surut) dan tidak mudah sebenarnya untuk memastikan tekanan air. Jika arus kuat, bahaya mencari tiram kerana kami mengutipnya dengan menyelam secara tradisional,” katanya kepada Bernama, sambil membetulkan gogal di atas kepalanya.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments