Rencana : Serendah RM10, Servis 'Resume By Nurul' Terus Jadi Pilihan Pelanggan


Berpijak di bumi nyata hakikat segulung ijazah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan dan kerana tidak mahu membazir masa, Nurul Ain Abdul Wahid, 24, menjadikan bidang penulisan resume sebagai ‘lubuk’ mencari rezeki. Baru tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, bulan Ogos lepas, anak kelahiran Pasir Mas Kelantan ini pernah menyertai satu program cara penyediaan resume secara dalam talian sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 Perkhidmatan menulis resume atau ringkasan (ikhtisar), antaranya maklumat diri, pendidikan dan pengalaman kerja ini bukanlah suatu perkara baharu malah perkhidmatan itu kini banyak ditawarkan secara dalam talian. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments