Rencana : Sunway Sanctuary Kediaman Persaraan Premium Warga Emas


Penjagaan kesihatan warga emas, antara yang perlu diberi perhatian utama khususnya negara yang mempunyai peratus tinggi golongan ini bagi memastikan mereka mampu hidup selesa di usia senja. Dalam hal ini, Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduknya tergolong dalam kumpulan ini dan tempoh berbaki kurang tujuh tahun ini menuntut pelbagai pelaksanaan langkah, baik oleh sektor awam mahupun sektor swasta. Kediaman persaraan warga emas ‘Sunway Sanctuary’ yang mengetengahkan konsep service apartment bagi penghuninya, dilihat sebagai antara yang dapat memberi nilai tambah kepada aspek penjagaan kesihatan berkaitan penuaan. Lokasinya juga strategik iaitu terletak bersebelahan Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, dan dikelilingi pelbagai kemudahan perkhidmatan serta jaringan pengangkutan. Penulis baru-baru ini berkesempatan melawat ke Sunway Sanctuary dengan wakil Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan teruja melihat konsep minimalis, dekorasi serta pilihan rona seperti putih dan beige, yang membangkitkan suasana tenang dan nyaman bagi penghuninya. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments