Masalah padi tumbang di kawasan penanaman padi Tanjung Karang, Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor yang berlaku akibat fenomena hujan dan ribut sejak awal bulan ini, begitu meresahkan pesawah di kawasan berkenaan. Bencana yang berlaku ketika musim menuai baru bermula itu pasti akan menjejaskan pendapatan mereka kerana hasil yang diraih berkurangan berbanding kebiasaan. Senario semasa yang menyaksikan pengilang menurunkan harga belian daripada RM1,700 setan kepada sekitar RM1,200 dan RM1,250 membebankan lagi pesawah yang sudahpun perlu menanggung peningkatan pelbagai kos seperti baja, racun dan upah pekerja. -
BERNAMA
0 Comments