Rencana : Usaha Berterusan Pelihara Lembah Lenggong Warisan Khazanah Negara


Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), semestinya Lembah Lenggong terus dipelihara sebagai warisan arkeologi negara yang tiada tolok banding nilainya. Pelbagai artifak sejarah ditemui di tapak yang kini diketahui kawasan tempat tinggal manusia paling awal di Semenanjung Malaysia, termasuk paling signifikan, rangka manusia dari zaman batu era paleolitik, Perak Man. Menurut Pengarah Bahagian Warisan Dunia, Jabatan Warisan Negara (JWN) Mohd Syahrin Abdullah, penjagaan dan perlindungan Lembah Lenggong untuk generasi akan datang penting sebagai bahan rujukan untuk mengetahui asal usul kerana ia berkaitan bukti kewujudan manusia terawal di negara ini dan antara yang tertua di dunia. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments