Bagi peminat batik, Terengganu dan Kelantan merupakan destinasi tumpuan mereka sekiranya inginkan produk batik autentik pada harga berpatutan. Selain itu, tidak kurang juga yang berkunjung ke perusahaan batik di kedua-dua negeri berkenaan bagi melihat dan mengalami sendiri proses membuat batik. Akan tetapi, tidak semua mampu melakukan perjalanan ke dua negeri pantai timur itu semata-mata untuk mempelajari cara membuat batik. -
BERNAMA
0 Comments