Rencana : Keunikan Pulau Flores Gamit Pencinta Alam Dan Penggiat Aktiviti Lasak


Indah dan unik - gandingan warna hijau, biru dan hitam menyambut pandangan mata tatkala pesawat udara yang membawa penulis dari Labuan Bajo menghampiri Ende di Pulau Flores, Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Kehijauan rimba dan gunung-ganang yang dikelilingi laut serta pantai berpasir hitam semakin jelas kelihatan dari luar tingkap pesawat yang mula merendah untuk mendarat di Lapangan Terbang Haji Hasan Aroeboesman. Flores yang bermaksud bunga dalam bahasa Portugis, begitu popular dalam kalangan pelancong asing, khususnya pencinta alam sekitar dan penggiat aktiviti lasak. Rasa ingin tahu penulis tentang pulau yang difahamkan mempunyai 24 buah gunung berapi itu, mendorong penulis menempah pakej daripada operator kembara persendirian The Fadaelo Project, dan bermulalah misi melawat Flores dari 17 hingga 25 Ogos lalu. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments