Rencana : Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf


Sukar mendapat bantuan dari institusi terlibat didakwa menjadi punca sehingga ada golongan asnaf terutama fakir, miskin dan mualaf terpaksa memohon bantuan alternatif daripada pihak lain termasuk mereka yang tidak sepatutnya. Lazimnya kesukaran yang dialami disebabkan faktor proses permohonan zakat yang memakan masa yang lama, tiada kemudahan serta perkhidmatan zakat yang disediakan berdekatan tempat tinggal mereka di samping kekangan tiada kemahiran literasi bagi mengisi borang permohonan. Hakikatnya, pihak yang dilantik bagi menguruskan zakat seperti baitulmal dan lembaga zakat negeri yang dibantu oleh masjid dan surau di kawasan terlibat, bertanggungjawab menyampaikan pemberian bantuan kepada golongan yang layak sama ada dalam bentuk barangan keperluan harian mahupun wang tunai.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments