Sehingga ke hari ini, Malaysia masih berdepan dengan polemik isu gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku akibat pencemaran sehingga menjejaskan rutin harian jutaan pengguna. Penduduk di Lembah Klang khususnya semakin letih, geram membawa kepada berang, setiap kali berlaku episod ini lebih-lebih lagi apabila bekalan air terawat terputus secara tiba-tiba sehingga memaksa mereka bergantung kepada bekalan daripada lori tangki air. Pada bulan Oktober lepas misalnya, penduduk di sebahagian kawasan Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor sekali lagi menjadi mangsa gangguan bekalan air akibat insiden pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor. -
BERNAMA
0 Comments