Jarum jam menunjukkan hampir pukul 7:45 pagi dan Atika Fazila sudah berdiri di luar Tadika SeDidik Penan, menunggu kedatangan anak-anak muridnya sebelum kelas bermula pukul 8:00 pagi dan berakhir sekitar pukul 11:00 pagi. Dari hari Isnin hingga Jumaat, itulah rutinnya setiap pagi, meskipun ada ketika cuaca dingin menusuk tulang, bagi memastikan kesemua tujuh orang anak muridnya disambut dengan senyuman. Perasaan gembira terpancar di wajah guru berusia 23 tahun ini apabila seorang demi seorang anak didiknya yang lengkap berpakaian seragam warna jingga dan putih, berusia antara empat hingga enam tahun, muncul di hadapan pintu tadika. -
BERNAMA
0 Comments