Rencana : Thailand Dan Indonesia Antara Terkesan Kenaikan Kos Haji


Kenaikan kos mengerjakan ibadat haji pada tahun hadapan (2024) yang dijangka meningkat sepertimana tahun sebelumnya perlu diterima memandangkan  situasi berkenaan tidak hanya memberi kesan  kepada umat Islam di negara ini malah seluruh dunia. Peningkatan tersebut yang dianggarkan mencecah sehingga 11 peratus seperti diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dapat dielakkan berdasarkan situasi ekonomi semasa dunia, pasca COVID-19 serta peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 15 peratus yang dilaksanakan Arab Saudi. Ini bermakna, kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023) dan RM28,632 pada tahun sebelumnya (2022). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments