Rencana : Banyakkan Lagi Usaha Pelihara Bahasa Mendriq, Minoriti Lain - Pakar


Mungkin ada yang tidak tahu terdapat 137 bahasa pertuturan di negara ini, dengan 80 peratus adalah bahasa etnik termasuk peribumi di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung. Namun, ada antara bahasa itu sedang berdepan ancaman kepupusan, khususnya yang dituturkan oleh subetnik minoriti seperti Mendriq, yang sebelum ini dilaporkan mungkin lenyap dalam tempoh 20 tahun lagi jika tidak ada usaha serius diambil bagi memelihara khazanah warisan negara tersebut. Antara puncanya ialah bilangan penutur, iaitu suku kaum Mendriq sendiri, semakin mengecil dengan sekitar 600 orang yang ditemukan hanya di tiga lokasi di Kelantan - Kampung Lah di Gua Musang serta Kampung Pasir Linggi dan Kampung Sungai Tako di Kuala Krai.    -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments