Sejak adiknya dipenjarakan di Singapura hampir 10 tahun lalu, hanya dua kali Sangkari Pranthaman dapat memegang tangan adiknya itu. Kali pertama begitu meruntun perasaannya apabila dia mendapat tahu mahkamah mendapati adiknya, Pannir Selvam Pranthaman bersalah dan menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2017 kerana mengedar 51.84gram heroin. “Saya pegang erat tangan adik saya. Saya beritahu dia, apa pun, kami akan cuba yang terbaik,” katanya. -
BERNAMA
0 Comments