Rencana : Kopi Sawah Pikat Pengunjung "Mengopi" Di Tengah Bendang


Sawah dan Sekinchan berpisah tiada, dan sebagai pelengkap, secawan kopi sebelum ke bendang.  Rutin pesawah di kawasan jelapang padi Selangor ini menjadi inspirasi tiga sahabat - Muhammad Izzat Zakwan Samudin, Muhammad Redzuani Ismail dan Mohammad Faqhrul Nisyam Ismail - untuk membuka kedai kopi di tengah-tengah bendang tatkala ramai usahawan muda lain memilih kafe berkonsep hipster. Berpadanan dengan nama kedai, iaitu “Kopi Sawah”, anak muda yang masing-masing berusia 25 tahun dan bersahabat sejak sekolah rendah ini mengetengahkan slogan “ngopi dulu baru ke sawah”, strategi yang nyata berjaya apabila kedai kopi itu menjadi tumpuan penduduk setempat dan pengunjung luar.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments