Rencana : Noktahkan Generasi Pembuli Dengan Undang-undang, Kata Pakar


Data Kementerian Pendidikan yang secara langsung mencerminkan peningkatan kes buli di sekolah belakangan ini, mencetuskan polemik dengan beberapa pihak mengesyorkan kerajaan memperkenalkan undang-undang khusus bagi menangani permasalahan itu.  Syor mereka bersandarkan kebimbangan gejala sosial itu akan terus membarah selepas pihak berwajib mendedahkan sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes dilaporkan, berbanding  3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya. Media juga kerap melaporkan kes sedemikian, antaranya pada September lepas tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima dalam kejadian di sebuah sekolah berprestij di Kuala Kangsar, Perak. Menyusul baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras di sini, juga dikatakan kerana tidak tahan dibuli. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments