Rencana : Pakar Lihat Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Langkah Pertama Ke Arah GEG


Telah hampir seminggu Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Dewan Rakyat, namun masih kedengaran suara masyarakat membahaskan isu itu. Puncanya, mereka bimbang hasrat untuk melihat berakhirnya generasi perokok tidak dapat direalisasikan kerana rang undang-undang itu, yang dibawa ke Parlimen buat kali kedua selepas versi pertama dimajukan kepada Jawatankuasa  Pilihan Khas pada Jun lalu,  menggugurkan klausa berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG). Biarpun sudah dijelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas dinasihati oleh Pejabat Peguam Negara berikutan risiko mewujudkan ketidaksamarataan serta boleh dicabar di mahkamah, ada beberapa kelompok masyarakat yang masih tidak berpuas hati.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments