Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta A1602) yang antara lain menetapkan had umur belia pada 30 tahun, akan dikuatkuasakan bermula 1 Jan 2026. Dibentangkan pada 2019 oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Rang Undang-Undang Akta Pertubuhan Belia bagi meminda Akta Pertubuhan Belia 2007 diluluskan oleh Parlimen pada tahun sama, namun “terperuk” disebabkan oleh bantahan pelbagai organisasi belia negara. Mereka membantah, antara lain kerana had usia diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun, bukan 35 tahun seperti cadangan asal. Menurut mereka, pindaan itu berpotensi menjejaskan pengurusan organisasi. -
BERNAMA
0 Comments