Meskipun Malaysia komited menjadi negara sifar karbon menjelang tahun 2050, namun ia perlu penyelesaian tuntas berhubung cabaran dalam pelbagai sektor termasuk industri pengangkutan awam yang masih lagi beroperasi secara konvensional. Pengangkutan bas awam, sebagai contoh adalah penyumbang terbesar pelepasan karbon apabila masih bergantung kepada penggunaan petrol dan diesel yang tinggi berbanding bas elektrik. Keadaan ini sekali gus menyukarkan usaha ke arah kemudahan mobiliti hijau yang mampu mengurangkan pencemaran karbon di atmosfera. -
BERNAMA
0 Comments