Rencana : TIBI Terpendam Cabaran Terbesar Menuju Negara Bebas TIBI


Berita palsu tentang penularan penyakit tuberculosis atau tibi di Cheras di sini yang tersebar baru-baru ini, sedikit-sebanyak mencetuskan kegusaran masyarakat jika dijengah ke laman media sosial. Namun, jaminan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bahawa jangkitan penyakit yang boleh membawa maut itu terkawal di negara ini meredakan keresahan orang ramai, sekalipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melaporkan bahawa kes tibi dunia kembali meningkat selepas bertahun-tahun merekodkan penurunan.  WHO yang menyasarkan 2035 sebagai tahun dunia bebas tibi, turut menganggarkan kematian akibat penyakit itu meningkat 14 peratus dalam tempoh dua tahun kepada 1.6 juta orang pada 2021. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments