Ibu negara purba Jepun, Nara, yang nama asal Yamato, menyimpan begitu banyak khazanah kebudayaan serta kerohanian masyarakat setempat, sesuai untuk mereka yang mahu menyelami sejarahnya. Tempat kelahiran kebudayaan serta peradaban Jepun ini juga mempunyai tujuh buah kuil yang besar tersergam, dan ini disebut dalam “The Tale of Genji”, salah satu novel kesusasteraan awal dunia. Ia ditulis pada abad ke-11 oleh Murasaki Shikibu, seorang dang perwara di istana Heian. Disenarai sebagai tapak Warisan Dunia, kuil dan tempat keramat atau shrine di Nara juga terkenal sebagai kediaman rusa yang dibiar hidup berkeliaran bebas. -
BERNAMA
0 Comments