Mahu melihat warga tua termasuk pesara menjalani rutin hidup lebih sihat menjadi inspirasi untuk Gan Pooi Chan menubuhkan ‘Kampungku’ iaitu pusat aktiviti khas bagi golongan itu. Anak kelahiran Petaling Jaya yang mesra dipanggil PC Gan ini berpengalaman luas dalam bidang penjagaan kesihatan dan mudah berinteraksi dengan golongan berusia senja pelbagai kaum dan latar belakang. “Sebelum membuka Kampungku pada Ogos 2023, saya pernah bekerja dengan Homage Home Care yang menyediakan penjagaan warga tua selama lebih lima tahun. Jadi, saya memang sudah terbiasa berinteraksi dengan golongan ini, ” katanya. -
BERNAMA
0 Comments