Rencana : KBAT Membentuk Insan Hebat Atau Membawa Mudarat?


Tidak menghairankan jika di era “Eh, anak kau dapat berapa A?” ini ramai ibu bapa begitu mengutamakan pencapaian anak mereka dalam persekolahan, hinggakan ada yang sanggup memarahi si anak jika gagal mencatatkan keputusan cemerlang sekalipun baru di Tahun Satu. Akan tetapi, sejak beberapa tahun belakangan ini, semakin ramai ibu bapa menuding jari kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum sebagai “dalang” di sebalik kegagalan anak mereka mencatat prestasi cemerlang, khususnya bagi murid Tahap Satu, iaitu Tahun Satu hingga Tiga.  “Memang timbul rasa nak marah bila anak tunjukkan markah ‘0’ pada kertas ujian Matematik. Saya ingatkan dia tak belajar, tapi apabila tengok soalan yang dikemukakan, rasa marah saya hilang diganti rasa kasihan,” kongsi seorang ibu kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments