Meskipun tergolong dalam golongan individu berkeperluan khas yang tidak boleh menulis dan membaca, namun jika diberi peluang, mereka ini mampu bekerja seperti individu normal, malah mungkin lebih baik. Langkah inilah yang diambil oleh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kasih Templer Autisma untuk memperkasakan golongan berkenaan dengan memberi peluang kepada pelatih istimewanya turut mengusahakan projek penanaman cendawan tiram sutera di pusat PDK. Pertubuhan ini yang beroperasi di Batu Caves, Selangor, komited memainkan peranannya dalam membangunkan potensi Orang Kurang Upaya (OKU) apabila pelatih pusat itu menunjukkan kemahiran dalam penanaman cendawan yang diusahakan PDK berkenaan sejak lima tahun lalu. -
BERNAMA
0 Comments