Rencana : Tuala Wanita Guna Semula Bantu Atasi Kemiskinan Haid, Jana Pendapatan Sampingan 


Menghasilkan tuala wanita guna semula bukan sahaja menambah koleksi jahitan Fadilah Ali tetapi dapat membantu mengatasi isu ‘kemiskinan haid’ dalam kalangan sesetengah wanita di negara ini. Berpengalaman lebih 15 tahun sebagai tukang jahit pakaian tradisional dan moden bagi lelaki dan wanita, Fadilah mendapat idea itu sewaktu menghadiri dan melihat sendiri demonstrasi menjahit tuala wanita oleh sukarelawan Bidadari Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). ‘Kemiskinan haid’ adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan akses kepada produk kebersihan atau kemudahan yang mencukupi untuk wanita yang datang haid. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments