Rencana : Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar


Artikel ini adalah bersempena dengan Hari Tibi Sedunia yang disambut pada setiap 24 Mac   Mengambil mudah gejala yang dialami serta kegagalan pesakit mengikuti rawatan sehingga selesai adalah antara cabaran utama dalam usaha mengekang penularan penyakit tuberkolosis atau tibi di negara ini. Menurut pakar, dua situasi itu berpotensi meningkatkan kes jangkitan serta mewujudkan kelompok  “drug resistant tuberculosis” atau tibi rintangan ubat-ubatan (tibi kebal). “Keadaan ini membimbangkan kerana Malaysia menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh tiga tahun lepas,” kata Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, Pakar Perunding Respiratori dan Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Sunway Velocity kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments