Rencana : Insiden Tanduo: Lahad Datu Kini Bangkit, Catat Pertumbuhan Ekonomi


Tempoh 11 Feb hingga penghujung Mac 2013 merupakan antara detik hitam dalam sejarah negara apabila kedaulatan tanah air dicabul oleh sekumpulan pengganas Sulu dari selatan Filipina yang menceroboh wilayah pantai timur Sabah. Kehadiran ratusan militan Sulu itu dikesan pada 11 Feb di Kampung Tanduo, sebuah perkampungan kecil pinggir laut di Felda Sahabat yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebelum mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil yang kemudian menyusup ke kawasan lain termasuk daerah berjiran, Semporna. Usaha kerajaan untuk menamatkan pencerobohan itu secara aman menemui kegagalan, dan pada 1 Mac berlaku pertempuran sengit di antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, yang turut mengorbankan dua perwira negara. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments