Rencana : Jadikan Tadarus Al-Quran Program Rutin Bukan Sahaja Di Bulan Ramadan


Peristiwa Nuzul Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan tanggal 6 Ogos tahun 610 Masihi ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira adalah detik penting turunnya ayat pertama al-Quran kepada baginda Rasulullah. ‘Nuzul’ perkataan bahasa Arab bermaksud turun dan lima ayat Surah al-Alaq diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah melalui Malaikat Jibril, menekankan peri pentingnya membaca dan belajar pelbagai ilmu supaya dapat menghapuskan kejahilan dalam kalangan manusia. Penurunan ayat al-Quran ini kemudiannya berterusan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap keseluruhan 30 juzuk yang mengambil masa selama 23 tahun.  Maka tidak hairanlah pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, ramai yang bertadarus al-Quran (majlis membaca al-Quran secara berkumpulan) termasuk di masjid dan surau. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments