Perkara-perkara membatalkan puasa sering timbul ketika umat Islam menjalani ibadah ini, antaranya ialah rawatan gigi yang soalannya kerap diajukan kepada pengamal atau doktor pergigian. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan. Selain itu, amalan penjagaan kebersihan mulut seperti memberus gigi, flos dan berkumur menggunakan cecair atau ubat kumur juga sama sekali tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak ditelan secara sengaja. -
BERNAMA
0 Comments