Rencana : Shamil Cookies Air Tangan Anak-Anak OKU


Setiap kunyahan memberikan rasa manis, lemak dan sedikit masin biskut emping jagung atau cornflakes yang berderai sebelum mencair di dalam mulut - tidak ada bezanya rasa biskut Shamil Cookies dengan biskut emping jagung lain yang banyak dijual oleh pembuat biskut, terutama ketika musim perayaan. Namun, untuk menghasilkan sebalang biskut tersebut, ungkapan “sabar, sabar dan terus bersabar”, diulang bagaikan mantera oleh lima pembimbing di Pusat Kebajikan K-Link Kuala Lumpur dan Selangor (K-Link Care Center, kerana pembuat kuih terbabit adalah anak-anak istimewa yang mengalami keadaan perubatan seperti sindrom Down dan autisme. “Jika ingin digambarkan betapa payahnya untuk mengajar anak-anak ini melakukan tugasan mereka, memang tidak dapat diungkap. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kami mendidik mereka. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments